Telekung Travel: 5 Sebab Kenapa Perlu Bawa Semasa Travel

telekung travel

Pemakaian telekung kini semakin penting apabila dalam perjalanan. Kini terdapat keperluan untuk Muslimah menggunakan telekung travel.

Pemakaian telekung travel kini menjadi trend bagi muslimah yang selalu travel. Dengan memiliki telekung ini, wanita muslim kini dapat menikmati perjalanan dan pengembaraan tanpa perlu risau dengan keperluan untuk bersolat dengan selesa.

Berikut adalah 5 sebab kenapa perjalanan tak lengkap tanpa ada telekung untuk travel di sisi.

Telekung Yang Menjimatkan Ruang Beg Anda

telekung

Secara kebiasaannya, wanita akan membawa lebih banyak barang untuk mengembara berbanding lelaki.

Ianya memang lumrah, jadi jangan terkejut kalau anda terpaksa bawa beg untuk mengisi pakaian untuk solat.

Telekung travel boleh menjimatkan ruang di dalam beg travel anda dan anda boleh mengisi ruang berkenaan dengan barangan yang lain.

Mudah Dibawa Ke Mana-Mana Sahaja

Tiada siapa mahu bawa baju tebal-tebal sampai tak muat dalam bagasi kan?

Sebab itu telekung yang dipakai masa travel ini bersaiz kecil. Ianya lebih ringan dan lebih nipis berbanding telekung biasa

Kainnya juga tidak jarang dan boleh dilipat sekecil yang mungkin. Ini memudahkan telekung ini di bawa ke mana-mana sahaja dengan mudah.

Tidak Perlu Berkongsi Tudung

Sekiranya andanya telekung untuk travel ini, anda tidak perlu lagi khuatir tentang kebersihan telekung ketika menunaikan solat.

Ini kerana kebersihan tudung sangat penting supaya kita dapat bersolat dengan khusyuk.

Anda tidak perlu berkongsi telekung dengan muslimah lain sewaktu dalam perjalanan, di surau atau di masjid yang menyediakan telekung untuk kemudahan jemaah wanita menunaikan solat.

Sesuai Untuk Kelengkapan Umrah dan Haji

umrah travel

Bagi wanita yang mengerjakan ibadah umrah dan haji, pemakaian telekung yang bersih dan senang dipakai adalah diperlukan pada setiap masa.

Oleh kerana ibadah yang dilakukan memakan masa yang lama dalam tempoh sehari, jemaah wanita disyorkan untuk membawa beberapa helai tudung untuk umrah sebagai persediaan sekiranya tudung yang dipakai sudah kotor.

Selesa Untuk Bersolat

Pemakaian telekung khas untuk travel menyenangkan anda untuk menunaikan solat dimana-mana sahaja tanpa bimbang akan aurat anda dilihat.

Ini kerana sesetengah negara tidak menyediakan surau untuk pelancong beragama Islam mengerjakan solat. Jadi, anda bolehlah bersolat di mana sahaja asalkan tempatnya bersih dan tidak menghalang lalu lintas orang lain.

Kesimpulan

Pemakaian telekung yang direka khas untuk travel memberikan banyak manfaat kepada wanita yang gemar berjalan-jalan. Sudah tentu ianya memberikan keselesaan untuk menunaikan solat ketika bermusafir.

Pilihlah apa sahaja jenama yang anda mahukan. Pastikan kainnya kualiti tinggi dan senang dipakai.

Lihat juga pada reka bentuk, corak dan warna telekung. Dapatkan juga aksesori tambahan seperti beg kecil untuk memudahkan anda menyimpannya.

Sekiranya anda mencari telekung untuk keperluan travel dan umrah, anda boleh melayari website kami untuk mendapatkan telekung eksklusif yang patuh syariah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *