Surah Terbaik Untuk Ibu Mengandung Amalkan Setiap Hari

SAlangkah gembiranya hati setiap pasangan suami isteri apabila disahkan bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi. Terutamanya si bakal ibu yang akan merasai satu pengalaman baru, perbezaan terhadap bentuk badannya, merasai denyut nadi si anak dan melihat sendiri gerakan-gerakan kecil si comel di dalam perut.

Sudah pasti setiap pasangan ibu bapa mahukan anak yang dilahirkan kelak sihat, riang, soleh, bijak dan comel. Malah tiada seorang pun yang mahu melihat bayinya sakit walaupun hanya digigit seekor nyamuk. Sebagai umat Islam, berikut adalah surah-surah untuk ibu mengandung amalkan sepanjang proses kehamilan supaya mendapat bayi yang seperti kita inginkan. Doanya ringkas dan mudah dihafal, InsyaAllah. Surah-surah untuk ibu mengandung ini juga boleh dibaca oleh si bapa, lebih baik supaya ikatan antara anak dan ibu bapa sentiasa terjalin.

1. Surah Al-Fatihah’

Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.

2. Surah Maryam

Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

3. Surah At-Taubah

Untuk membersihkan jiwa dan memelihara daripada maksiat.

4. Surah Yusuf

Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya.

5. Surah Al-Fatihah, 3 Qul Iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq, Ayat Kursi 

Bacakan kepada kandungan setiap malam sebelum tidur agar kandungan dilindungi.

6. Surah Yaasin

Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak tak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

7. Surah Al-Hujurat

Sebagai doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

8. Surah Luqman

Agar memperolehi anak yang cerdik akal dan terang hati.

9. Surah Al-Nahl (Ayat 78)

Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin.

10. Surah Al-Imran (Ayat 38)

Doa agar mendapat zuriat yang soleh dan solehah.

11. Surah Al-Imran (Ayat 8-9)

Doa memohon rahmat.

12. Surah Al-Imran (Ayat 192-194)

Doa memohon keampunan Allah.

13. Surah Ibrahim (Ayat 40-41)

Doa agar anak tetap mengerjakan solat.

14. Surah Al-Baqarah (Ayat 128)

Doa agar anak patuh kepada perintah Allah.

15. Surah Al-Furqan (Ayat 74)

Doa agar diberikan zuriat yang menyenangkan hati.

Selain Surah Mariam, Surah Yusuf merupakan antara surah untuk ibu mengandung yang sering dititipkan supaya dibaca selalu. Sebagaimana surah Surah Luqman, kedua-dua surah ini amat digalakkan dibaca kepada bayi ketika usia kandungan mencapai 7 bulan. Si suami boleh meletakkan tangan di perut isteri kerana pada tempoh ini otak bayi sedang membesar dan berkembang, malah sudah mampu untuk menangkap sebarang bunyi yang didengarinya daripada luar perut.

Menurut pandangan golongan ulama, tidak ada dalam syariat yang jelas bahawa doa-doa daripada surah untuk ibu mengandung amalkan ini menjadikan anak mereka cantik, bijak dan sebagainya. Namun ambillah pengajaran bahawa segala ilmu yang terkandung di dalam Al-Quran mempunyai ‘khasiatnya’ – baik, berkat dan penuh pengajaran.

Justeru tidak menjadi kesalahan’ bagi mana-mana wanita hamil mengamalkan bacaan surah untuk ibu mengandung, kerana ia juga sebahagian jalan untuk membaca Al-Quran. Mengikut kajian saintifik, bunyian di luar perut boleh mempengaruhi janin. Dari sudut Islam, perkembangan sebegini amat bagus untuk si anak mengenali suara yang sering membacakannya Al-Quran. Maka ibu dan bapa seharusnya mengambil peluang ini untuk bermesra dengan si anak dengan mengalunkan bacaan suci ayat-ayat Al-Quran. Apa pun, jangan hanya amalkan bacaan ayat-ayat suci ini ketika hamil sahaja sebaliknya jadikanlah ia sebagai amalan harian supaya hidup sentiasa mendaoat keberkatanNya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *