Perbezaan Di Antara Khimar dan Hijab Yang Ramai Tak Tahu

khimar

Pernah dengar tentang khimar? Bagaimana pula dengan hijab? Artikel ini mengupas 2 istilah ini.

Konsep hijab dan khimar bukanlah sesuatu yang baru bagi masyarakat Muslim, khususnya di Malaysia. Bagi mereka yang baru mengenali dua terma ini, ianya telah wujud sejak sekian lama.

Konsep menutup tubuh dengan pakaian lebih terarah kepada golongan wanita berbanding lelaki.

Dalam Islam, perintah menutup aurat bagi lelaki dan perempuan telah diturunkan secara jelas di dalam al-Quran.

Kedua-dua perkataan khimar dan hijab ada disebutkan di dalam al-Quran, namun terdapat beberapa perbezaan ketara di antara kedua-duanya.

Walaupun dalam Islam mewajibkan lelaki dan perempuan untuk menutup aurat, hijab dan khimar adalah khusus untuk wanita.

Makna dari segi bahasa


Dari segi bahasa Arab, khimar berasal dari perkataan khamr, yang bermaksud menutupi.

Ia bermaksud sesuatu yang menutupi kepala. Ia merujuk kepada sehelai kain yang menutupi kepala perempuan.

Pada zaman dahulu, khimar sememangnya bertujuan untuk menutupi kepala sahaja dan tidak cukup panjang untuk menutupi leher dan bahu.

Oleh itu, sesetengah ulama’ mendefinisikannya sebagai penutup kepala, tepi dahi dan leher dan tidak menutupi muka.

Hijab pula merujuk kepada tudung yang dipakai oleh wanita yang menutupi seluruh tubuh wanita, termasuk kepala, bahagian dada dan badan.

Ia juga mungkin berbeza mengikut kebiasaan masyarakat dan tempat untuk menutup aurat. Hijab juga tidak menutupi muka.


Dari segi agama pula, hijab membawa pelbagai maksud. Perkataan hijab boleh merujuk kepada pengasingan antara lelaki dan perempuan di sesuatu tempat.

Kain tabir yang digunakan sebagai pemisah antara lelaki dan perempuan di masjid juga boleh digelar sebagai hijab. Selain itu, hijab juga boleh merujuk kepada pemisahan antara dunia manusia dan dunia ghaib.

Khimar pula tidak membawa sebarang maksud tertentu. Ianya hanya kain yang menutupi kepala perempuan.

Cara Pemakaian


Berdasarkan maksud yang telah dinyatakan tadi, pastilah cara pemakaiannya juga berbeza. Namun begitu, cara pemakaian khimar dan hijab pada zaman dahulu adalah berbeza dengan zaman sekarang.

Seperti yang dinyatakan di atas, khimar merupakan penutup kepala sahaja dan tidak menutup leher serta bahagian dada.

Namun kini pemakaian khimar telah berubah. Ia sering merujuk kepada kain tudung labuh yang menutupi kepala, leher, bahagian dada hingga ke bahu. Ada juga khimar yang labuh sehingga ke lutut.


Hijab pula dipakai seperti tudung yang biasa. Cukup sekadar menutupi kepala hingga ke bahagian dada. Dengan pelbagai trend masa kini, terdapat variasi gaya pemakaian hijab mengikut citarasa wanita Muslimah.

Persamaan

Kedua-dua jenis tudung ini hanya merujuk pada menutup kepala. Jenis pakaian atau kain yang menutupi kepala sering dikenali sebagai niqab atau burqa.

Berdasarkan perbezaan yang dihuraikan tadi, ternyata kedua-duanya membawa makna yang berbeza.

Walaupun ia mendukung konsep yang sama iaitu menutup aurat wanita, tetapi anda perlu tahu bahawa ia tidak membawa maksud yang sama dan cara pemakaian yang berbeza.

Ternyata, pilihan samada untuk menggayakan hijab atau khimar terletak di tangan anda, mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *