Ini Dia Lafaz Niat Puasa Ganti

niat puasa ganti

Bulan puasa nak dekat ni. Apakah lafaz niat puasa ganti yang betul ya?

Pejam celik, kita telah pun sampai ke bulan Sya’ban. Ini bererti bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi.

Bulan Ramadhan merupakan bulan pesta ibadah, di mana umat Islam diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan. Pahala untuk amal ibadah juga berlipat kali ganda.

Kewajiban puasa pada bulan Ramadhan merupakan rukun Islam ketiga. Oleh itu, anda wajib menggantikan puasa jika tertinggal. Ini termasuk bagi kaum wanita yang tidak berpuasa ketika datang haid.

Ramai orang sering keliru, apakah lafaz niat puasa ganti yang betul? Cara puasa ganti adalah sama sahaja, kecuali niat puasa ganti yang berbeza.

Di sini akan dikongsikan lafaz niat puasa ganti sebagai panduan bersama.

Lafaz niat puasa ganti

Bahasa rumi: Nawaitu sauma ghodin ‘an qada’e fardhu ramadhana lillahi taala

Maksud: Sahaja aku berpuasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.

Berikut merupakan niat puasa ganti. Rukun bagi puasa ganti adalah sama seperti puasa sunat mahupun puasa di bulan Ramadhan. Bermula dari terbit fajar sadiq sehingga masuk waktu maghrib.

Kenapa perlu puasa ganti

Puasa ganti adalah puasa bagi menggantikan kembali puasa di bulan Ramadhan, mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Seperti yang kita tahu, puasa di bulan Ramadhan merupakan kewajiban bagi setiap Muslim. Oleh itu, anda perlu gantikan puasa yang ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu, mengikut bilangan hari.

Namun begitu, terdapat keringanan bagi mereka yang tidak mampu untuk berpuasa ganti. Bagi mereka yang tidak berdaya seperti orang tua atau sakit kronik, mereka dibenarkan untuk membayar fidyah.

Membayar fidyah bermaksud memberi makan pada orang miskin sebanyak satu cupak bagi satu hari ditinggalkan puasa. Sebaiknya, gantilah puasa jika mampu dan berdaya.

Golongan yang harus berbuka puasa

Islam adalah mudah. Terdapat kelonggaran kepada golongan tertentu yang diharuskan untuk berbuka puasa. Namun begitu, puasa perlu diganti semula. Antara golongan yang diberi kelonggaran:

  1. Orang sakit yang boleh memudaratkan diri jika berpuasa
  2. Orang yang sedang bermusafir atau dalam perjalanan
  3. Orang tua yang tidak mampu berpuasa
  4. Ibu mengandung yang boleh memudaratkan diri atau kandungan jika berpuasa
  5. Ibu yang menyusukan anak
  6. Perempuan yang datang haid (tidak dibenarkan berpuasa)

Tempoh untuk puasa ganti

Tempoh untuk berpuasa ganti bermula selepas Ramadhan, sehingga sebelum Ramadhan akan datang. Secara mudahnya, anda ada lebih kurang setahun untuk berpuasa ganti.

Sebaik-baiknya, elakkan dari bertangguh. Perlu diingatkan, puasa ganti perlu ditunaikan sebelum tibanya Ramadhan. Jika tidak, anda perlu puasa ganti dan membayar fidyah.

Sepanjang setahun itu, dibolehkan untuk berpuasa ganti bila-bila sahaja, kecuali pada hari yang diharamkan berpuasa. Antara hari yang diharamkan berpuasa:

  1. Hari Raya Aidilfitri iaitu 1 Syawal
  2. Hari Raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah
  3. Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

Ramadhan bulan pesta ibadah

Bulan Ramadhan adalah bulan rahmat. Ia juga merupakan bulan pesta ibadah. Dengan pahala yang berlipat kali ganda, setiap Muslim pasti tidak mahu ketinggalan.

Untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ini, buatlah persediaan dari segi mental dan fizikal. Dengan kelengkapan ibadah dari al-Kauthar, anda pasti akan lebih bersemangat untuk beribadah.

Pelbagai telekung ditawarkan bagi memastikan keselesaan anda ketika beribadah. Mini telekung juga boleh didapati. Semestinya memudahkan anda untuk menunaikan solat terawih di masjid pilihan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *