Doa Harian Yang Boleh Diamalkan Untuk Mendapat Keberkatan Hidup

doa harian

Sebagai seorang Muslim, aktiviti harian kita mesti dimulakan dengan membaca doa harian yang diwarisi daripada Rasulullah S.A.W.

Selain usaha, doa merupakan senjata paling beharga supaya hajat seseorang itu tercapai. Apa pun yang kita mohon pada Allah SWT, bersabarlah…amalkan doa harian. Jika bukan hari ini, mungkin esok, atau mungkin lusa. Allah SWT bukan sengaja hendak melambat-lambatkan permintaan hambaNya, sebaliknya Dia sedang mempersiapkan hajat itu tepat pada waktunya.

Bukan itu sahaja, rezeki yang kita perolehi hari ini adalah pinjaman daripada Allah SWT semata-mata, malah dalam rezeki itu juga terdapat bahagian orang lain.

Kerana itulah kita digalakkan untuk sentiasa bersedekah dan berkongsi rezeki.

Sebagai umat Islam, janganlah kita menjadi riak atau kedekut untuk bersedekah kerana perbuatan itu tidak akan sesekali mengurangkan harta sebaliknya akan bertambah, dengan izin Allah SWT.

Dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda

Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal,maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengantangankanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung.” (HR Bukhari dan Muslim).

Perlu difahami rezeki bukan hanya dalam bentuk wang dan kemewahan. Rezeki itu meliputi kebahagian, kebijaksanaan, kejayaan, kesihatan dan segala kebaikan yang kita miliki.

Di sini kami senaraikan beberapa doa harian yang boleh dihafal dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Moga segala urusan dan usaha yang kita lakukan diberkati Allah, sekaligus dikurniakan rezeki yang berlipat ganda, insyaAllah.

Selawat murah rezeki

Ya Fattah Ya Razzaq – dibaca 11 kali selepas solat fardhu.

Maksud Ya Fattah adalah Yang Maha Pembuka dan Pemberi keputusan. Antara manfaatnya untuk membuka pintu rezeki, memohon pekerjaan, memohon jodoh dan memberi kesembuhan.

Manakala Ya Razzaq bermaksud Maha Pemberi Rezeki. Sangat elok diamalkan kepada mereka yang sedang berusaha memperbaiki ekonomi.

Selawat ini boleh dilanjutkan lagi dengan membawa Surah Kursi 1 kali dan Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Ayat 1000 Dinar

Antara kelebihan ayat ini sebagai doa harian adalah mendapat kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka, mendapat jalan keluar dari kesulitan dan perlindungan dari segala bencana dan musibah.

Surah Al-Waqiah

Surah ini juga terkenal sebagai doa harian berkaitan rezeki. Khasiat ayat ini sebagai sumber kekayaan dan melindungi umat Islam daripada kefakiran. Jadikanlah ia sebagai amalan harian, mudah-mudahan Allah SWT akan menjauhkan kepapaan selamanya.

Doa yang dibaca selepas Solat Dhuha

(Bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, dan kecantikan adalah kecantikan-Mu, dan keindahan adalah keindahan-Mu, dan kekuatan adalah kekuatan-Mu, dan kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu, Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit maka turunkanlah, dan jika ada di dalam bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, dan jika haram maka sucikanlah, dan jika masih jauh maka dekatkanlah, Dengan berkat waktu Dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang saleh.”)

Doa yang dibacakan Rasulullah SAW kepada Anas bin Malik RA

Doa Nabi Yunus AS juga boleh diamalkan sebagai doa harian, sebagaimana mengambil pengajaran dari kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan paus. Menunjukkan Allah SWT sentiasa mendengar rintihan hambaNya yang berada di dalam kesusahan dan musibah.

Demikian beberapa doa harian yang dipetik daripada Al-Quran untuk dijadikan amalan bacaan atau wirid selepas doa setiap hari.

Ingat, tugas kita sebagai hambaNya hanya meminta, selebihnya apa yang diberikan Allah SWT perlu diterima dengan hati yang ikhlas, redha dan sentiasa bersyukur.

Bacalah doa pada setiap masa. Walau sesibuk mana, luangkan masa untuk menghafal doa-doa mudah. Teknologi semakin canggih. Kita manfaatkan sebaik-baiknya.

Jangan pernah berhenti berdoa jika apa yang diminta itu tidak dikabulkan. Allah SWT Maha Mendengar. Dia mahu memberi sesuatu itu tepat pada waktunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *