Dah Baca Niat Puasa Sebulan?

niat puasa sebulan

Niat puasa sebulan ni lebih afdal diamalkan agar tidak terlupa.

“Ramadhan tiba, Ramadhan tiba”                                                               

“Marhaban ya Ramadhan”

Tidak lama lagi, bulan Ramadhan bakal menjelma. Kedatangan bulan mulia ini sentiasa dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Ia merupakan bulan ibadah dan bulan rahmah.

Bulan Ramadhan juga merupakan bulan yang diwajibkan berpuasa bagi setiap Muslim. Setelah setahun berlalu, mungkin ada yang terlupa rukun puasa. Rukun puasa ada dua, iaitu:

  1. Niat
  2. Menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa

Masihkah anda ingat lafaz niat puasa di bulan Ramadhan? Di sini akan dikongsikan lafaz niat puasa sebagai panduan. Sebelum itu, ketahui serba sedikit mengenai ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Pengertian puasa

Dari segi istilah, puasa bermaksud menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Bermula dari terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari, beserta dengan niat.

Hukum berpuasa di bulan Ramadhan

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah wajib bagi setiap Muslim. Bagi mereka yang mempunyai cukup syarat, wajib berpuasa di bulan Ramadhan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu dari rukun Islam.

Niat puasa bulan Ramadhan

Cara bacaan lafaz niat puasa dalam Bahasa Arab adalah tidak wajib. Ia adalah memadai jika niat puasa dalam hati. Namun begitu, adalah lebih baik jika niat puasa dilafaz dalam Bahasa Arab.

Terdapat dua lafaz niat puasa, iaitu niat puasa Ramadhan esok hari dan niat sebulan puasa Ramadhan.

  1. Lafaz niat puasa Ramadhan esok hari

Bahasa rumi: Nawaitu souma ghadin ‘an ada’e fardhi ramadhana hazihis sanati lillahi taala

Maksud: Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

2. Lafaz niat puasa sebulan bulan Ramadhan

Bahasa rumi: Nawaitu souma syahri ramadhana kullihi fardha hazihis sanati lillahi taala

Maksud: Sahaja aku berpuasa pada bulan Ramadhan seluruhnya tahun ini kerana Allah Taala

Lafaz niat puasa adalah penting bagi membezakan antara puasa fardhu Ramadhan, atau puasa sunat.

Waktu berniat

Waktu berniat puasa bermula dari terbenam matahari, iaitu masuknya waktu Maghrib, hinggalah sebelum terbit fajar sadiq, iaitu waktu Subuh. Oleh itu, niat puasa boleh dilafaz atau niat dalam hati pada bila-bila masa sahaja ketika waktu tersebut.

Jika anda takut terlupa atau tertinggal niat berpuasa pada setiap malam, anda boleh berniat untuk sebulan Ramadhan.

Cara nak berniat puasa sebulan ini boleh dilakukan ketika malam pertama Ramadhan. Kalau terlupa niat pada malam-malam berikutnya, telah memadai niat puasa sebulan tersebut.

Hukum berniat puasa sebulan

Mengikut pendapat Imam Malik, adalah digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan. Ia bagi mengelakkan dari puasa tidak sah kerana terlupa niat pada malam sebelumnya.

Namun begitu, niat puasa sebulan adalah tidak memadai jika puasa di bulan Ramadhan terputus oleh sebab-sebab tertentu. Antara sebab yang boleh memutuskan puasa seperti haid, sakit, musafir dan sebagainya.

Oleh itu, niat puasa perlu diperbaharui apabila tiada lagi perkara yang menghalang puasa dari berturut-turut. Ia boleh diperbaharui dengan melafazkan semula lafaz niat puasa sebulan seperti di atas.

Al-Kauthar memenuhi keperluan beribadah

Bulan Ramadhan merupakan bulan pesta ibadah. Umat Islam berlumba-lumba mengerjakan ibadah dan mengejar pahala yang berlipat kali ganda.

Demi beribadah dengan khusyuk, pasti memerlukan persiapan dan keperluan yang lengkap. Al-Kauthar menawarkan pelbagai jenis jubah bagi lelaki dan wanita untuk memastikan keselesaan anda.

Selain itu, koleksi jubah juga direka khas bagi wanita untuk busana Ramadan ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi Al-Kauthar hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *