Bacaan Doa Qunut Di Dalam Solat Subuh – Doa Qunut Dalam Rumi

doa qunut

Doa qunut berasal daripada perkataan Qunut yang mempunyai beberapa makna.

Dari segi bahasa, ia bermaksud taat, berdiri lama, diam, tunduk, khusyuk dan doa. Manakala dari segi istilah, Qunut merupakan doa yang di baca ketika iktidal dalam solat.

Terdapat tiga jenis Qunut dalam solat iaitu Qunut dalam solat Subuh, Qunut dalam solat witir Ramadhan dan Qunut Nazilah. Artikel ini akan berkongsi dengan anda mengenai bacaan doa Qunut dalam solat Subuh serta panduan bacaan doa Qunut.

Terdapat pelbagai pandangan khilaf dan perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai hukum doa Qunut dalam solat Subuh.

Imam Syafi’i berpendapat bahawa bacaan doa Qunut dalam solat Subuh merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut. Jika tertinggal atau terlupa untuk membaca doa Qunut, seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi. Walaubagaimanapun, solat Subuh tetap sah walaupun tanpa sujud sahwi. Pandangan Mazhab Syafi’i ini juga dipegang teguh oleh masyarakat Islam khususnya di Malaysia.

Bacaan doa Qunut dalam solat Subuh sedikit berbeza antara ketika solat seorang diri dan juga solat sebagai imam. Artikel ini boleh menjadi panduan kepada anda untuk mengetahui perbezaannya serta boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

Bacaan doa Qunut dalam solat Subuh sendirian atau sebagai makmum

Allahhumma dinii fiiman hadait,

Wa’aa finii fiiman ‘aafait,

Watawallanii fiiman tawal-laiit,

Wabaariklii fiimaa a’thait,

Waqinii syarramaa qadhait,

Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik,

Wainnahu laayadzilu man walait,

Walaa ya’izzu man ‘aadait,

Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait,

Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait,

Astaghfiruka wa’atuubu ilaik,

Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi,

Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.

Bacaan doa Qunut dalam solat Subuh sebagai imam

Allah hummah dinaa fiiman hadait,

Wa ‘aafinaa fiiman ‘aafait,

Wa tawallanaa fiiman tawal-laiit,

Wa baariklanaa fiimaa a’toyit,

Wa qinaa syarromaa qadhait,

Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik, 

Wa innahu laayadzilu man walait,

Walaa ya’izzu man ‘aadait,

Tabaa rokta rabbanaa wata’aalait,

Falakal hamdu ‘alaa maaqodhait,

Wa astaghfiruka wa’atuubu ilaik,

Wa sallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi,

Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.

Erti doa Qunut

Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau tunjukkan

Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan

Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan

Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan

Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan

Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum

Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau

Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan

Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau

(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Kelebihan doa Qunut

Umumnya, doa Qunut adalah doa untuk menolak bahaya dan memohon kebaikan dari Allah swt. Selain dari itu, doa ini juga mengandungi beberapa manfaat yang boleh diperolehi. Antaranya ialah:

  • mendapat petunjuk hidayah dari Allah swt
  • memohon perlindungan Allah agar selamat dari mara bahaya
  • menghindarkan diri dari pelbagai penyakit, dan
  • memohon keberkatan terhadap nikmat yang telah diberikan.

Dengan manfaat dan kelebihan ini, moga menjadi motivasi kepada kita untuk sentiasa mengamalkan bacaan doa Qunut dalam solat Subuh, dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang Muslim.

Bagi wanita yang mahukan telekung yang cantik dan selesa, dapatkan tudung daripada Al-Kauthar hari ini.

3 thoughts on “Bacaan Doa Qunut Di Dalam Solat Subuh – Doa Qunut Dalam Rumi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *