5 Koleksi Jubah Lelaki Untuk Bulan Ramadan

jubah lelaki

Kini kita telah memasuki bulan Rejab, bermakna Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Bulan Ramadhan yang merupakan bulan untuk beribadah, pasti memerlukan kekuatan dan keselesaan.

Oleh itu, penting agar kita memilih pakaian yang boleh memberikan keselesaan yang maksima. Bagi abang-abang di luar sana, jubah lelaki merupakan pilihan terbaik untuk digayakan ketika bulan Ramadan.

Jika dahulu, baju Melayu merupakan pilihan utama. Namun kini jubah lelaki kian mendapat tempat seiring dengan trend semasa. Jubah lelaki atau ‘pakaian sunnah’ merupakan pakaian tradisional dari Timur Tengah.

Terdapat pelbagai koleksi jubah lelaki yang direkakhas bersesuaian dengan masyarakat Malaysia. Ianya sesuai dipakai untuk solat terawih, malah jubah lelaki juga segak digayakan ketika majlis keagamaan dan keraian seperti majlis berbuka puasa.

Bagi memudahkan anda membuat persediaan untuk bulan Ramadan, kami kongsikan 5 koleksi jubah lelaki dari al-Kauthar. Jenama ini menyediakan koleksi jubah lelaki beraneka warna untuk keselesaan anda beribadah.

Jubah Hud


Jubah ini diperbuat dari kain kapas lembut yang menjanjikan keselesaan kepada anda. Didatangkan dengan lengan panjang dengan cufflink yang kemas.

Jubah lelaki ini hanya berwarna putih sahaja dann mempunyai poket luas untuk menyimpan barangan penting seperti telefon pintar dan dompet. Ianya amat sesuai bagi anda yang ingin tampak elegan dan bergaya.

Sesuai juga dipakai untuk kegunaan lain seperti umrah dan haji.

Jubah Oman (hitam)


Koleksi jubah ini diperbuat daripada kain kapas yang lembut dan sejuk supaya anda selesa memakainya semasa bersolat.

Didatangkan dengan lengan pendek dan warna hitam yang pastinya menjadi pilihan ramai. Ia juga mempunyai poket di sisi kiri dan kanan untuk memudahkan anda membawa barangan penting ketika ke masjid.

Sesuai digayakan ketika mengerjakan solat terawih di bulan Ramadan.

Jubah Oman (biru)


Koleksi ini juga dihasilkan daripada kain kapas lembut sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembab.

Jubah lelaki dengan lengan pendek untuk keselesaan anda. Didatangkan dalam warna biru yang vibrant. Ia juga mempunyai poket di sisi kiri dan kanan serta sesuai digayakan ketika majlis keagamaan dan keraian.

Jubah Oman (kelabu)


Jubah oman adalah koleksi jubah yang diminati ramai. Fabrik kapas yang lembut menyerap peluh dan memberikan keselesaan semasa mengerjakan solat.

Ia didatangkan dengan lengan pendek dengan warna kelabu seakan silver yang memberikan aura eksklusif kepada pemakai. Sesuai dipakai untuk ke majlis berbuka puasa dan rumah terbuka.

Jubah Oman (hijau zaitun)


Sekiranya anda sukakan kelainan, Jubah Oman warna hijau zaitun ini adalah pilihan terbaik anda. Kainnya yang lembut menyenangkan anda bergerak dan beribadah semasa bulan Ramadan.

Kainnya tak terlalu labuh memudahkan pergerakan anda. Ia juga didatangkan dengan lengan pendek untuk keselesaan anda semasa mengerjakan ibadat di masjid.

Demikian adalah 5 koleksi jubah lelaki yang sememangnya mudah digayakan dan sesuai untuk pelbagai majlis. Anda boleh memakainya ketika solat terawih di bulan Ramadhan, malah boleh dijadikan pakaian pilihan untuk hari raya nanti.

Anda juga beleh mendapatkan jubah lelaki ini secara online di laman web kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *